Monday 20 February 2012

Jom belajar bahasa Terengganu..


se - satu
duwe - dua
tige - tiga
pak - empat
lime - lima
nang - enam
tujoh - tujuh
lapang - lapan
smilang - sembilang
spuloh - sepuluh
pisa - pisau
korang - alat kukur kelapa
sik agang - nasi dagang
payyang - tempayan
Senyung Sokmo - Senyum Selalu
maghi sokmo - datang selalu
manih leting - sangat manis
masang rebang - sangat masam
pahik lepang - sangat pahit
gi selalu - pergi sekarang
dok dang starang - betul-betul tak sempat
sapok jauh - sangat jauh
panah so oh - panas (bahang matahari)
panah sang - terasa sangat panas (marah)
panah ketik - sangat panas (api)
panah ketik/panah dering - sangat panas (api/cahaya matahari)
sejuk siyat/sejuk ketto - sangat sejuk
'gugha bewok - bergurau yang melampau (boleh menyebabkan pergaduhan)
comel lote - sangat comel
putih slepput - sangat putih
itang legang/itang bletung - sangat hitam
punoh jahanang/ punoh ranoh - rosak teruk
kelecak baghak - terpelanting
nipih nayyang - sangat nipis
sekat neting - sangat singkat (kain)
sepoh woh - sangat bersepah
guaner gamok? - Apa kahabar?
guaner balah? - macam mana?/apa cerita?
tak dok guaner - tak ada apa-apa
tak mboh eh - tak nak lah
nawok - tipu
pelawok - tipu
nakok pahik - sangat penakut
kona lepe - corner baring
taik ayang muna - tahi ayam cair (warna coklat)
gateh/gohek - kayuh basikal
seghabuk perok - stress/tension
busuk bango/busuk kohong - sangat busuk (bau)
Mak Nga - cuai
babei - degil
belebe beghong - membebel (kuat membebel)
plastik ghokghak/jabir/ghajuk - plastik
ranggoh/kedaghoh - makan dengan gelojoh
jereba - terkam
kellong/plekong - baling (contohnya baling batu)
Hungga - menerpa
Nellah pale bau - gelecet/kerkopak kulit kepala bahu
maha ge bedil - mahal sangat
takdok aghoh - habis ikhtiar
mamoh - kunyah
khekoh - gigit
buleh pekdoh - dapat padah
seppoh woh - bersepah-sepah
puah - boring
puah sang - keboringan
kekgi - kejap lagi
bedo'oh - lebih-lebih
bodo do'oh lalu - sangat bodoh
kehek - keluarkan semula dari mulut gemok
debbo' - sangat gemuk
dok rok meppeh - sangat2 tak larat
dok rok cettong - tak bo leh diharap
kepeh blepeng - sangat kempis
lapo perot - lapar (kata berangkai2, bila lapar, mesti selepasnya kena ada perut)
ngatok mate - mengantuk
bahang rambang - mengarut (contohnya buat kerja tak ikut prosidur/tak teratur)
takdok arroh - tak ada daya dah
awok-awok mung - kawan-kawan awak
puwok-puwok mung - kawan-kawan awak
sabboh doh - sesuai dah
dok sabboh -tak sesuai
besor jereguk - sangat besar
penoh nembok/penoh rumbu - sangat penuh sampai melimpah
kuruh kering - sangat kurus
kecok - korang tengok kalau org sakit sebelah kaki mcm mana dorg berjalan.. itu la dinamakan kecok
gege- bising (org klate pun panggil 'gege' gak)
suke glekek - ketawa yang teramat (menunjukkan sangat happy)
dulli mung - apa kau peduli
hok tule - yang sama
supe tule - sama
besor bapok - sangat besar
besor gong - sangat besar
kece' tuwek- sangat kecil
rengang lepong - sangat ringan
ketik nyyamok - digigit nyamuk
kkatok wong - maksudnya katak la..yang "wong" tu adalah bunyi katak...haha...
dok tau starang - tak tau langsung (starang tu perkataan menguatkan perkataan 'tak tau')
agah - sombong
biar soheh - biar betul/ biar confirm
soheh dok mung? - kamu pasti ke?/betul-betul ke?
ape ke jadoh mung ning - apa ke hal kamu ni
takdok pekdoh - tak ada guna dok
auu gok - tak tahu lah
auu - tak tahu
bape yya - berapa rial (berapa ringgit)
anguh lettong - sangat hangus (sampai hitam)
bata golek - bantal peluk yang panjang
anok branok - anak beranak
boloq woq - serabut (keadaan)
serabut perok - sangat serabut (perasaan)
bahang/tibang/godang - pukul ppuang - perempuan
jluwah - comot
culah - cuai
cekik - cubit
kutir - cubit yang menyakitkan (cubit halus)
cobek - cuil (contohnya cubit kuih sedikit)
iseng - gila
ikang aye - ikan tongkol
keloh - berkelah
tunggu tor - tunggu kejap
kupik/taik idong masing - kedekut
ngerek awek - bawa awek
lembek - tilam
atah lambo - atas beranda
atah retok - atas titi
meroh merang - sangat merah
musing ligak - berpusing2 dengan laju
musing ketang - berpusing (seolah-oleh pening)
ngoyang - meroyam
nyekik - menyampah
nyakik nyamang - jaga tepi kain
nye nyeh - mengejek (dalam bergurau)
nganjing - mengejek (lagi kasar dari nye nyeh)
nisang - gula melaka
skek - sikit
sejik - masjid
bala soh - surau
sekuk meri - biskut merrie
sorok - laci/drawer
tawo hebbe - sangat tawar
tohok - buang
pendek keto' - sangat pendek
se'eh perok - sangat kenyang
boyeh - buncit
senyak tuppah - senyap sunyi (tak ada bunyi langsung)
wak per pulok - sebab apa pula
tinggi sayuk - amat tinggi
beso jallo - sudah besar/dah dewasa (orang)
kecik tuwek/kecik tuek - sangat kecil
pucak lesi/pucak kesi - sangat pucat
bising bango - sangat bising
hudoh sepang ko' ong - sangat2 hodoh
tupol glebek - sangat tumpul
glebek nyeng - gatal (mcm mengada-ngada la)
gelak guguk - sangat gelap (tak nampak apa)
woh hulu - kueh bahulu
tubek - keluar
derak - keluar berjalan-jalan
keleik - balik
kelek wak lari - kendong bawa lari
beng ikang - van yang bawa ikan
kalang - pensil
wang esang - duit pemberian jkk,,,,hikjkjkjkjk

simple thing but a lot of meaning (o_0)

Halal ke Haram?



Bercakap mengenai iklan di blog, ia akan memberi pendapatan bagi mereka yang bijak. Namun berapa ramai yang ambil berat akan halal dan haram pendapatan melalui pengiklanan?

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati. (Hadith riwayat lmam al-Bukhari dan Muslim)

Halal itu jelas. Haram itu jelas. Antara kedua-duanya adalah syubhah. Maka tinggalkanlah syubhah kerana apabila sesuatu yang halal bercampur dengan haram, maka haram juga hasilnya. Wang dari hasil pendapatan halal atau haram bila ia digunakan untuk makan, maka akan menjadi darah daging seseorang itu. Maka akan dibakar bahagian tubuh yang tumbuh dari pendapatan haram dengan api neraka.

Wang hasil blogging boleh jadi haram dari beberapa faktor:
-iklan benda haram
-iklan subahat benda haram
-iklan wanita tak tutup aurat
-entri ada gambar tabarruj
-entri ada gambar tak tutup aurat
-entri ada gambar arak/promosi arak/promosi benda² haram
-entri melaga²kan org
-entri mengumpat/fitnah/kutuk orang
-entri perkara yg tipu/tak benar
-dan lain²

Jadi kalau dah terbuat macam mana?
-insaf/taubat
-padam benda² yg dilarang tu
-minta maaf pada org² terkena fitnah atau terkena kata² kesat
-cuba usaha takkan post perkara² begitu lagi
-bayar zakat dan sedekah (bersihkan harta)
-usaha cari jalan untuk blog tidak berkait perkara syubhah atau haram
dan lain² lagi..

p/s: Adakah kita sanggup memberi diri sendiri, isteri/suami, anak², sahabat, kaum muslimin dan muslimat makan bara api neraka?

credit: syahirul.com







simple thing but a lot of meaning (o_0)

Bahaya Penyakit Leptospirosis (Kencing Tikus)



LEPTOSPIROSIS atau jangkitan yang dibawa haiwan, termasuk daripada keluarga tikus dikategorikan sebagai jarang berlaku biarpun ia sebenarnya bukanlah asing kepada penduduk negara ini.

Pada Mei tahun 2009 misalnya, kita dikejutkan dengan jangkitan leptospirosis membabitkan enam tahanan warga Myanmar di Depoh Tahanan Imigresen, Juru Pulau Pinang.

Ia turut dikenali dengan pelbagai nama seperti Penyakit Weil, Demam Icterohemorrhage, Penyakit Swineherd’s, Demam Pesawah (Rice-field fever), Demam Pemotong tebu (Cane-cutter fever), Demam Swamp, Demam Lumpur, Jaundis Berdarah, Penyakit Stuttgart dan Demam Canicola.

Ketua Jabatan Perubatan, Hospital Sungai Buloh, Dr Christopher Lee berkata, leptospirois berpunca daripada pendedahan terhadap bakterium ‘leptospira interrogans.’

“Jangkitan terhadap manusia selalunya melalui air yang dicemari kuping kulit dan lendir hidung, mulut dan mata tikus. Bagaimanapun, leptospirosis tidak menyebabkan jangkitan daripada manusia kepada manusia,” katanya.

Jelas Lee, jangkitan ini berlaku di seluruh dunia terutama di negara beriklim tropika. Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan Amerika Syarikat misalnya merekodkan 100 ke 200 kes leptospirosis setahun di negara maju itu dengan dengan 50 peratus daripadanya berlaku di Hawaii.

Kes leptospirosis biasanya meningkat apabila musim hujan atau banjir. Bagaimanapun, sehingga kini tiada rekod jumlah kes sebenar leptospirosis yang berlaku di seluruh dunia. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebaliknya cuma memberi anggaran kes antara 0.1 atau 1 kes per 100 000 penduduk setahun di kawasan tropika.

Tanpa alasan yang kukuh, leptospirosis selalu terlepas pandang dan tidak banyak laporan mengenainya dibuat.

Kerap kali, mereka yang terbabit dengan aktiviti luar atau petani lebih berisiko terhadap leptospirosis.

Rekod WHO menunjukkan antara kes wabak leptospirosis yang meragut banyak nyawa adalah ketika Taufan Mitch pada 1995. Wabak leptospirosis yang dilaporkan di Nicaragua itu membabitkan komplikasi pendarahan di paru-paru. Pada 1998, wabak itu melanda kawasan tengah Amerika Syarikat. Tahun yang sama ia berlaku di Peru dan Ecuador disebabkan banjir besar.

Pada 21 September 2000, empat kematian direkodkan di Perancis membabitkan peserta merentas desa, Eco-Challenge. Tarikh yang sama di Kanada enam kes disyaki dijangkiti leptospirosis juga membabitkan peserta merentas desa Eco-Challenge. Sementara pada 17 Jun 2004, Kementerian Kesihatan Kenya melaporkan enam kematian dan 141 kes jangkitan leptospirosis dilaporkan di sekolah menengah di Bungoma, Kenya.

Komplikasi jangkitan ini termasuk jangkitan kuman di otak (meningitis), pendarahan yang teruk, kegagalan fungsi hati dan buah pinggang.

Di antara faktor risikonya adalah:

1) Pekerjaan yang terdedah kepada persekitaran – misalnya petani, peladang, tentera, pesawah, pekerja sistem pembetungan atau doktor haiwan.
2) Aktiviti rekreasi seperti berenang dalam air yang dicemari bakterium leptospira atau berkayak.
3) Terdedah kepada peralatan di rumah yang digunakan untuk penyembelihan, peliharaan anjing atau makanan yang digigit binatang seperti tikus, tupai dan arnab.

Gejala:
1) Leptospirosis tiada gejala yang khusus.
2) Umumnya masa pengeraman kuman itu di antara dua hingga 26 hari.
3) Pada peringkat awal ia akan membuat tubuh menggigil dan demam. Gejala ini membabitkan 75 – 100 peratus pesakit.
4) Batuk tidak berkahak ( 25 – 35 peratus pesakit)
5) Loya, muntah, cirit-birit, sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak, sakit perut. Bagaimanapun ia gejala yang kurang berlaku
6) Radang selaput mata
7) Antara tujuh hingga 40 peratus pesakit mungkin mengalami sakit otot, limpa atau hati membengkak, bengkak kelenjar, otot mengeras dan ruam. (Sumber – Infosihat.gov.my)

INFO: Leptospirosis
Jangkitan penyakit yang disebabkan bakterium.

Menjangkiti manusia melalui pendedahan terhadap air kencing atau tisu haiwan yang dijangkiti
Progres dalam dua fasa tanpa simptom khusus.

Boleh didiagnos melalui darah, air kencing selain menggunakan ujian antibodi.

Pencegahannya termasuk elakkan mengunjungi kawasan yang ada air bertakung terutama di kawasan iklim tropika.

*Please SHARE :)



simple thing but a lot of meaning (o_0)