Sunday 27 May 2012

ADAT MEMINANG DAN BERTUNANG


Firman :
“ dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya came tenteram dengannya , dan jadikan diantara kamu rasa kasih dan sayangnya”

Sahabat- sahabat semua tahukah hukum peminangan dalam islam iaitu …..HARUS…….dan perempuan yang ingin dipinang bukan isteri orang, bukan tunang orang dan bukan muhrim sendiri.

Sifat bakal isteri

 Beragama Islam
-bertaqwa , berakhlak, taat , beramal soleh, menjauhi perkara yang terlarang, amanah pada tanggungjawab dan dll.
Hadis
“apabila orang yang came redhai agama dan akhlaknya datang meminang, hendaklah came kahwinkannya. Jika came tidak mengawinkannya nescaya akan berlaku fitnah dan kerosakan yang besar diatas muka bumi ini .” (Riwayat Tirmizi)

Keturunan
-keturunan yang baik, beragama dan berakhlak.
Hadis
“kahwinilah wanita yang pengasih dan subur kerana aku berbangga dengan umat yang ramai pada hari akhirat nanti” (Riwayat Ahmad)

Masih Perawan /Dara ( bagi lelaki yang belum berkahwin)
Hadis
“hendaklah kamu memilih wanita yang masih dara kerana mereka menuturkan kata-kata yang baik, mampu mempunyai anak yang ramai dan lebih redha kepada kehidupan yang susah” (RIwayat Ibn Majah)

Bukan Dari kaum Kerabat
-mengurangkan risiko  penyakit keturunan
-meluaskan hubungan persaudaraan sesame umat.

Melihat bakal suami dan bakal isteri juga adalah sunat, kerana tidak mahu penyesalan berlaku setelah berumahtangga. Anggota yang harus dilihat bagi seorang wanita ialah muka dan kedua-dua tangan sahaja.

“dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan yang zahir padanya”  (Surah An-Nur : 31)

Hadis Rasullullah berkenaan kebenaran untuk merisik(melihat tunang)dan meminang:
"Daripada Abu Hurairah RA berkata,sabda Rasullullah SAW kepada seorang lelaki yang hendak berkahwin dengan seorang perempuan: "Adakah kamu telah melihatnya?jawabnya tidak(kata lelaki itu kepada Rasullullah).Pergilah melihatnya supaya perkahwinan kamu terjamin berkekalan." (Hadis Riwayat Tarmizi dan Nasai)

Di dalam Islam, adat bertunang dipanggil khitbah dan amalan ini tidak sama sekali bertentangan dengan ajaran islam.

Adat Meminang merupakan adat kebiasaan masyarakat Melayu yang diterima oleh Islam. Peminangan adalah permulaan proses perkahwinan dan merupakan suatu ikatan janji pihak lelaki dan perempuan untuk melangsungkan perkahwinan mengikut tarikh yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. 

Pemberian seperti cincin kepada wanita semasa peminangan merupakan tanda ikatan pertunangan.

Acara kemuncak majlis pertunangan adalah adat sarung cincin di mana wakil pihak lelaki yang terdiri dari ibu atau saudara perempuannya akan menyarungkan cincinpertunangan atau cincin tanda ke jari manis gadis yang dilamar. Setelah itu, rasmilah sudah pertunangan tersebut.

Didalam adat bertunang juga ada pantang larangnya termasuk batas pergaulan dan meminang tunang orang atau isteri orang

“tidak boleh sama sekali lelaki dan wanita berduaan melainkan ada mahram bersama mereka”
(Riwayat Bukhari)

“janganlah seorang lelaki duduk berdua-duaan dengan seorang perempuan yang tak halal baginya , maka sesungguhnya orang yang ke-3 itu akan bersama-sama mereka ialah syaitan kecuali jika bersama mereka seorang muhrim” (Riwayat Ahmad)

Hadis mengenai larangan meminang tunang orang
“jangan seorang lelaki meminang atas pinangan orang lain melainkan apabila peminang sebelumnya sudi melepaskannya atau peminang itu member izin kepadanya” (Riwayat Al-Nasai)

 Menurut ustazah Marina Munira binti Abdul Muttalib dari Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) amalan bertunang sama sekali tidak bertentangan dengan syariat islam tetapi apa yang berlaku sekarang ialah ada segelintir masyarakat yang bakal pengantin lelaki itu sendiri yang menyarungkan cincin kepada pasangannya. Hal ini jelas bertentangan dengan ajaran islam kerana mereka berdua lagi bukan muhrim.


-betulkn saya jika ada kesilapan -




simple thing but a lot of meaning (o_0)