Wednesday 22 February 2012

Cahaya Cinta


 Cinta boleh berubah
Cinta boleh mmbawa kebahagian
Cinta juga membawa kehancuran
Apakah nilai cinta kita???
Cinta yang membawa kebahagian atau kehancuran???
Tanyalah diri kerna jawapannya ada pada di jiwa kita…
Kita yang menentukannya
Pernahkah terlintas di fikiran kita untuk belajar bagaimana untuk mencari cinta???

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untuk kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu mawaddah dan rahmat. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (QS Ar-Rum [30]:21)
Berdasarkan dari ayat tersebut telah jelas bahawa manusia diciptakan Allah Taala dengan berpasangan. Ada jua manusia yang  merasa sedih  jika saat ini masih ada yang belum menemui jodohnya atau telah bertemu jodoh dan Allah berkehendak lain dengan jodoh tersebut
Urusan jodoh memang seringkali dikaitkan dengan “rahsia Tuhan” yang mengejutkan. Seseorang yang berparas menarik dan memiliki sekian kelebihan, tetapi tidak menemui pasangan. Sementara seseorang yang dipandang biasa-biasa saja  lebih cepat berkahwin. Jodoh memang sudah ditentukannya tetapi bukan bererti kita cuma berdiam diri tanpa adanya usaha.

Mencari pasangan hidup memerlukan sejumlah usaha yang berterusan tanpa erti penat disamping bertawakal kepada Yang Maha Esa. Usaha-usaha positif dalam menemukan pasangan dapat disebut sebagai “menjemput jodoh”. Bagi orang yang beriman, berdoa adalah puncak segala usaha. Bahkan Islam menyebut doa sebagai silah al-mu’min (senjata mu’min).
Dalam mengenali pasangan, manusia tetap dibatasi kemampuannya untuk melihat pada aspek-aspek fizikal jasmani dan hal-hal yang nampak dimata. Sementara aspek batin yang tersembunyi tetaplah milik Allah. Solat Istikarah merupakan upaya untuk memohon kepada Tuhan dalam membantu memilih calon pasangan. Jangan terburu-buru untuk menolah atau menerima sebelum upaya berdoa ini dilakukan agar tidak salah pilih.
Begitu dahsyatnya keajaiban solat istikarah dalam memantapkan hati dalam menentukan pilihan, Bahawasanya orang yang telah melaksanakan solat istikarah hendaklah melaksanakan apa yang telah diazamkannya, baik hatinya menjadi terbuka maupun tidak .
Bermunajat pada Allah dalam sepertiga malamnya memohon diberikan pilihan terbaik dalam hidupnya sebuah petunjuk dalam memantapkan hati mengenai  jodoh yang menjadi misteriNYA. 
Kita juga perlu belajar menyintai seseorang yang tidak sempurna dengan sempurna. Setiap kita dicipta dengan kelebihan dan kekurang masing-masing, hanya empunya tubuh sahaja yang mengetahui kelemahan dan kelebihan didalam diri sendiri.
“Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan kerana agamanya, lalu pilihlah perempuan yang beragama nescaya kamu akan bahagia.” (Muttafaqun ‘Alaihi)
“Apabila kamu sekalian didatangi oleh seseorang yang warak dan akhlaknya kamu redhai maka kawinkanlah dia. Jika kamu sekalian tidak melaksanakannya maka akan terjadi fitnah di muka bumi ini dan tersebarlah kerosakan.” (HR. At Tirmidzi)
Didalam Islam telah menetapkan syarat untuk memilih pasanagan yang soleh dan solehah. Kita sering terfikir bahawa wanita cantik hanya untuk lelaki yang tampan dan sebaliknya. Kita selalu terfikir jika sisuami seorang yang tampan manakala siisteri seorang wanita yang cantik akan bahagia rumah tangganya. Sesungguhnya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang yang member rezki dan kesejahteraan kepada hambanya yang memohon kepadaNYA . anak yang soleh adalah rezki yang paling bermakna kepada setiap pasangan suami isteri.



simple thing but a lot of meaning (o_0)

No comments:

Post a Comment