Cinta
boleh mmbawa kebahagian
Cinta
juga membawa kehancuran
Apakah
nilai cinta kita???
Cinta
yang membawa kebahagian atau kehancuran???
Tanyalah
diri kerna jawapannya ada pada di jiwa kita…
Kita
yang menentukannya
Pernahkah
terlintas di fikiran kita untuk belajar bagaimana untuk mencari cinta???
“Dan
di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan untuk kamu
pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa
tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu mawaddah dan rahmat.
Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum
yang berfikir.” (QS Ar-Rum [30]:21)
Berdasarkan
dari ayat tersebut telah jelas bahawa manusia diciptakan Allah Taala dengan
berpasangan. Ada jua manusia yang merasa
sedih jika saat ini masih ada yang belum
menemui jodohnya atau telah bertemu jodoh dan Allah berkehendak lain dengan
jodoh tersebut
Urusan
jodoh memang seringkali dikaitkan dengan “rahsia Tuhan” yang mengejutkan.
Seseorang yang berparas menarik dan memiliki sekian kelebihan, tetapi tidak
menemui pasangan. Sementara seseorang yang dipandang biasa-biasa saja
lebih cepat berkahwin. Jodoh memang sudah ditentukannya tetapi bukan
bererti kita cuma berdiam diri tanpa adanya usaha.
Mencari
pasangan hidup memerlukan sejumlah usaha yang berterusan tanpa erti penat
disamping bertawakal kepada Yang Maha Esa. Usaha-usaha positif dalam menemukan
pasangan dapat disebut sebagai “menjemput jodoh”. Bagi orang yang beriman,
berdoa adalah puncak segala usaha. Bahkan Islam menyebut doa sebagai silah
al-mu’min (senjata mu’min).
Dalam
mengenali pasangan, manusia tetap dibatasi kemampuannya untuk melihat pada
aspek-aspek fizikal jasmani dan hal-hal yang nampak dimata. Sementara aspek
batin yang tersembunyi tetaplah milik Allah. Solat Istikarah merupakan upaya
untuk memohon kepada Tuhan dalam membantu memilih calon pasangan. Jangan
terburu-buru untuk menolah atau menerima sebelum upaya berdoa ini dilakukan
agar tidak salah pilih.
Begitu
dahsyatnya keajaiban solat istikarah dalam memantapkan hati dalam menentukan
pilihan, Bahawasanya orang yang telah melaksanakan solat istikarah hendaklah
melaksanakan apa yang telah diazamkannya, baik hatinya menjadi terbuka maupun
tidak .
Bermunajat
pada Allah dalam sepertiga malamnya memohon diberikan pilihan terbaik dalam
hidupnya sebuah petunjuk dalam memantapkan hati mengenai jodoh yang
menjadi misteriNYA.
Kita
juga perlu belajar menyintai seseorang yang tidak sempurna dengan sempurna.
Setiap kita dicipta dengan kelebihan dan kekurang masing-masing, hanya empunya
tubuh sahaja yang mengetahui kelemahan dan kelebihan didalam diri sendiri.
“Perempuan
itu dinikahi kerana empat perkara, kerana hartanya, keturunannya,
kecantikannya, dan kerana agamanya, lalu pilihlah perempuan yang beragama
nescaya kamu akan bahagia.” (Muttafaqun ‘Alaihi)
“Apabila
kamu sekalian didatangi oleh seseorang yang warak dan akhlaknya kamu redhai
maka kawinkanlah dia. Jika kamu sekalian tidak melaksanakannya maka akan
terjadi fitnah di muka bumi ini dan tersebarlah kerosakan.” (HR. At Tirmidzi)
Didalam
Islam telah menetapkan syarat untuk memilih pasanagan yang soleh dan solehah.
Kita sering terfikir bahawa wanita cantik hanya untuk lelaki yang tampan dan
sebaliknya. Kita selalu terfikir jika sisuami seorang yang tampan manakala
siisteri seorang wanita yang cantik akan bahagia rumah tangganya. Sesungguhnya
Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang yang member rezki dan
kesejahteraan kepada hambanya yang memohon kepadaNYA . anak yang soleh adalah rezki
yang paling bermakna kepada setiap pasangan suami isteri.
No comments:
Post a Comment